LATAR BELAKANG


Syarikat ABM FURNITURE (No. Pendaftaran: AS 0245247 K) beralamat di No. 24-A, Kampong Lengkuas, Bukit Pinang, 06200 Kepala Batas, Alor Setar, Kedah Darul Aman merupakan sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembuatan dan pengilangan perabot-perabot bagi tujuan hiasan dalaman, reka bentuk rumah kediaman, jabatan kerajaan, swasta serta pelbagai rekaan mengikut tempahan pelanggan.

Pengasas ABM FURNITURE, Encik Azizan bin Mat Sor telah memulakan perniagaan dalam bidang ini sejak 18 tahun yang lalu, dengan berbekalkan kemahiran dalam bidang seni kayu dan beroperasi di bawah Syarikat Azizan Bin Mat Sor. Syarikat ini mula beroperasi pada 18 Mei 1992 sehingga sekarang dengan mengenengahkan pelbagai rekabentuk perabot serta hiasan dalaman yang berkonsepkan klasik mahupun rekaan moden .